Islam: Menyerah Diri Kepada Allah

Prinsip kedua adalah mengenal Deen (Agama) al-Islam dengan dalil. Islam adalah penyerahan diri kepada Allah dengan bertauhid, kepatuhan kepadaNya dengan mentaatiNya dan pembebasan diri dari syirik dan orang-orang musyrik.

 Islam ialah: Penyerahan diri kepada Allah dengan bertauhid, ketundukan kepadaNya dengan mentaatinya, dan pembebasan diri dari syirik dan orang-orang musyrik.

Tauhid ialah Seorang hamba yang menyerah diri kepada Allah secara syar’i, iaitu dengan mentauhidkan Allah, dan menunggalkan ibadah semata-mata kepadaNya.

Berserah kepada Allah; Penyerahan diri semacam inilah yang pelakunya dipuji dan diberi pahala. Adapun penyerahan diri dalam erti pasrah kepada takdir, maka seorang hamba tidak mendapatkan pahala, kerana dalam hal ini manusia tidak berdaya sedikit pun. Allah Ta’ala berfirman: “…padahal kepadaNya menyerahkan diri, segala apa yang di langit dan dibumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah mereka dikembalikan.” (Ali Imran: 83)

Mematuhi Allah: MentaatiNya dengan menjalankan perintah-perintahNya dan menjauhi larangan-laranganNya kerana ketaatan itu terwujud dalam melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan.

Membebaskan diri daripada syirik: Membebaskan diri daripada syirik ertinya meninggalkannya. Ini menurut agar seseorang juga memisahkan dirinya dari orang-orang musyrik.

Allah berfirman: “Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya – contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata”, tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): “Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu”. (Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali” Surah Mumtahanah [60]: 4

Sumber: Syarah Usul Tsalathah, Shaikh Muhammad bin Soleh al Uthaimin

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s